Nuffnang

adverlets

Who's on the line

Tuesday, August 31, 2010

Selamat hari jadi,Malaysia kesayanganku

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

Masih anda ingat macam mana menyanyi lagu tersebut ? Ini lagu patriotik yang paling saya gemari ...kerana ia betul-betul membawa maksud yang jelas dan setiap kali menyanyi, semangat cintai negara memang kuat. 

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta

Rahmat Bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertahta... 

Dan lagu ini, tentu pasti semua rakyat Msia tahu menyanyi lagu ini, terutamanya kami semua yang telah belajar sekurang-kurangnya selama 6 tahun dalam sekolah rendah. Setiap Isnin semasa perhimpunan, lagu pertama yang dinyanyikan. Setiap kali hari sukan,perayaan .. majlis mana-mana... tentu adanya lagu tersebut ... lagu lambang ..

Hari ini hari kemerdekaan atau hari kebangsaan Malaysia. Namun, saya dan rakan-rakan rasa semangat dan suasana telah tidak seperti zaman dahulu...Hari ini, pada zaman kini,ia setakat  satu hari cuti umum... Atau kami terlalu sibuk sehingga tak terasa suasana tersebut ? Semalam ternampak PM kita memberi ucapan semasa majlis menyambut hari kemerdekaan ... Kali yang terakhir yang masih saya ingat adalah semasa menonton rancangan khas yang lebih kurang sama , tetapi semasa zaman Dr.Mahathir sebagai PM ....  Datuk Najib kata "hendak mentransformasikan masyarakat Malaysia ..." kepada yang lebih baik , ini salah satu hasrat beliau dan kami berdoa, ia akan direalisasikan pada masa yang akan datang .. tetapi jangan terlalu lama ...

Akhir sekali, Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia , tanah airku, negara kesayanganku ... 
drpd anak-anak Malaysia ~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

averlets

Search This Blog

Total Pageviews